Sumbangan Para Perintis Dan Generasi seterusnya...

Para perintis dalam generasi pertama dan kedua telah banyak menyumbangkan harta dan tenaga dalam pembangunan fizikal masjid itu serta pembangunan spiritual di kalangan para jamaahnya sehingga tidak kurang dari para jamaah yang ada pada hari ini telah diasuh melalui kegiatan-kegiatan peningkatan ilmu dan amal di Masjid Khadijah.

Tugas para anggota LPM Khadijah dalam era generasi ketiga sebagai penerus kini semakin mencabar.

Di antara matlamat LPM Khadijah di tahap ini, perkara-perkara di bawah ini diberi keutamaan:

  • Memberi dan mempertingkat ilmu dan amal dalam bidang pendidikan
  • Membantu pemerintah secara positif dalam usaha membenteras kenakalan dan penagihan dadah
  • Mengumpul Dana Pembaikan Dan Pembangunan Masjid Khadijah

Sejak itu, perancangan Masjid Khadijah dipertingkat. Pertama ialah memberi penekanan kepada kegiatan-kegiatan yang berhaluan ke arah peningkatan ilmu dan amal. Kedua, mengumpul dana pembaikan dan pembangunan Masjid Khadijah. Keadaan Masjid Khadijah menjadi lebih buruk lagi disebabkan dua faktor utama iaitu usia dan pembinaan pangsapuri di kawasan bersebelahan masjid. Kerja-kerja menanam ceracak di kawasan binaan pangsapuri telah menyebabkan kerosakan besar pada lantai dan tembok masjid. Bangunan Masjid Khadijah sendiri yang terdiri di atas kawasan tanah yang kurang mantap, tidak mempunyai tapak asas bangunan yang kuat. Bahagian hadapan masjid ini telah condong ke kanan sehingga LPM Khadijah dengan kerjasama MUIS mendapatkan jurutera sebagai pakarujuk untuk menjamin keselamatan para jamaah di Masjid Khadijah. Akhirnya, Masjid Khadijah telah diberikan wang pampasan sebanyak $248,500.00 oleh pemaju pangsapuri itu pada 27 April 1995.

Kerja-kerja mengutip dana terus dipergiat melalui beberapa projek kewangan sepanjang 3 tahun. Melalui projek-projek berikut :

  • Tabung Ramadhan
  • Rayuan Aidil Fitri
  • Tabung Aidil Fitri
  • Kopon Amal
  • Tabung Kedai-kedai
  • Pensyarah Undangan
  • Nasi Briyani Amal
  • Surat Rayuan
  • Tabung Jumaat Di Masjid-Masjid
  • Ikrar Jawatankuasa
Sejak kegiatan-kegiatan mencari dana dipertingkat, kedudukan kewangan semakin meningkat seperti berikut :

Tahun Kedudukan Kewangan
1993
$ 429,604.35
1994 $ 659,803.85
1995 $1,592,138.84
1996 $2,708,595.54
1997 $4,295,640.67
1998 $6,095,890.03
1999 $7,561,687.73
2000 $8,485,447.98

Dari matalamat LPM Khadijah mengumpul $6 juta untuk Dana Pembangunan, hingga akhir bulan Jul 97 lebih dari $3.4 juta telah terkumpul. Lebih dari $4.5 juta akan diperuntukkan bagi keseluruhan kerja baikpulih dan pembangunan dua buah bangunan tambahan sementara $1.5 juta akan diperuntukkan untuk prasarana masjid dan kelengkapan lain. LPM telah menyambut baik saranan MUIS dengan melaburkan sejumlah $500,000.00 dalam Unit Trust (Dana Masjid) dan $25,000.00 di Saham Mendaki.

Tahap Seterusnya

 



LINKS


World Wide Web
Khadijah Mosque