![]() |
||||||||||||
![]() |
||||||||||||
Dalam
Mengorak Langkah Ke Era Baru - dari Generasi Perintis Sejak itu, Masjid Khadijah telah menjadi wadah bagi kegiatan ibadah para penduduk Islam yang bermestautin di sekitar daerah Kallang dan Geylang ketika itu. Kubur-kubur lama tanpa tanda yang terdapat di bahagian kiri kawasan masjid adalah menifestasi bahawa masjid ini pernah dijadikan pusat kegiatan agama yang aktif pada tahun-tahun dua-puluh dan tiga-puluhan sezaman dengan masjid-masjid waqaf di kawasan sekitaran itu Masjid Khalid, Masjid Wak Tanjung, Masjid Haji Salleh, dan Masjid Kassim. Masjid ini juga pernah dikenali sebagi Masjid Bagarib justeru mengambil sempena nama Imam yang bertugas pada waktu itu. Di antara sekian banyak para tetamu Masjid Khadijah yang terdiri daripada para ulama terkemuka dan orang-orang kenamaan ialah Yang Berbahagia Maulana Abdul Haleem Siddique, Kyai Abdul Karim Banjar seorang guru yang mengajar di Masjidil Haram, Makkah, Bapak Kyai Haji Ahmad Shohibulwafa Tajul Ariffin, Sesepuh Pondok Persantren Suryalaya, dan Yang Amat Berhormat Tan Sri Sakaran Dandai, Tuan Yang Terutama Negeri Sabah. Bangunannya yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi yang mirip kepada pengaruh binaan Masjid Nabawi menjadi mercutanda bagi penduduk tempatan ketika itu kini diletakkan di bawah Conservation Act oleh URA dan akan dilestarikan. Aspirasi Puan Katijah Bte Mohamed untuk membina masjid telah dibantu oleh empat orang wanita Islam yang turut mencatat nama dalam sejarah Masjid Khadijah sebagai pengasas Masjid Khadijah yang jitu kepada tugas-tugas dan usaha yang dijalankan iaitu: |
||||||||||||
Copyright
@ 2011 Khadijah Mosque. All rights reserved. |
||||||||||||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |