6. Haji Abdul Rahman bin Haji Jamal
7.
Hood Mohamed bin Daud Shah
8. Shaik Dawood bin Nather Sahih
9.
Shaik Osman Mattar bin Taha Mattar
10.Shaik Ali bin Taha Mattar
11.Shaik Ahmad bin Salim Mattar
12.Shaik Abu Bakar bin Salim Mattar
13.Abdullah bin Musa
14.Muhammad bin Simi

Pelbagai kerja pembaikan dan ubahelok pada bangunan asal yang tidak berbumbung itu dan pada kawasan perkarangan Masjid Khadijah telah dijalankan oleh para pengamanah yang bertugas pada waktu itu. Pada bulan Mei 79 hingga Disember 1980, bahagian besar bangunan dan kawasan Masjid Khadijah diubah elok dengan biayai sebanyak $62,691.55 sementara kerja-kerja ubahelok dua buah rumah imam dan bilal di kawasan masjid telah menelan belanja sebanyak $13,035.50. Kolam wuduk yang besar yang pernah menjadi ciri khas Masjid Khadijah telah ditimbus dan dijadikan tempat wuduk yang bertangki air dan berpaip. Dari semasa ke semasa kegiatan peningkatan ibadah seperti tilawatil Quran dan kelas-kelas ugama dijalankan secara rutin. Masjid Khadijah juga pernah menjadi pejabat dan kegiatan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud sejak tahun 1975.

Generasi Ketiga...

Pada tahun 1982, dengan persetujuan Pengamanahnya, Masjid Khadijah dijadikan pusat kegiatan jamaah pengajian Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiah Pondok Pesantren Suryalaya di bawah pimpinan Ustaz Haji Ali bin Haji Mohamed.

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9
Contact | Other Links | Sitemap
Copyright @ 2011 Khadijah Mosque. All rights reserved.