Sejak itu, perancangan Masjid Khadijah dipertingkat. Pertama ialah memberi penekanan kepada kegiatan-kegiatan yang berhaluan ke arah peningkatan ilmu dan amal. Kedua, mengumpul dana pembaikan dan pembangunan Masjid Khadijah. Keadaan Masjid Khadijah menjadi lebih buruk lagi disebabkan dua faktor utama iaitu usia dan pembinaan pangsapuri di kawasan bersebelahan masjid. Kerja-kerja menanam ceracak di kawasan binaan pangsapuri telah menyebabkan kerosakan besar pada lantai dan tembok masjid. Bangunan Masjid Khadijah sendiri yang terdiri di atas kawasan tanah yang kurang mantap, tidak mempunyai tapak asas bangunan yang kuat. Bahagian hadapan masjid ini telah condong ke kanan sehingga LPM Khadijah dengan kerjasama MUIS mendapatkan jurutera sebagai pakarujuk untuk menjamin keselamatan para jamaah di Masjid Khadijah. Akhirnya, Masjid Khadijah telah diberikan wang pampasan sebanyak $248,500.00 oleh pemaju pangsapuri itu pada 27 April 1995.

Kerja-kerja mengutip dana terus dipergiat melalui beberapa projek kewangan sepanjang 3 tahun. Melalui projek-projek berikut :

  • Tabung Ramadhan
  • Rayuan Aidil Fitri
  • Tabung Aidil Fitri
  • Kopon Amal
  • Tabung Kedai-kedai
  • Pensyarah Undangan
  • Nasi Briyani Amal
  • Surat Rayuan
  • Tabung Jumaat Di Masjid-Masjid
  • Ikrar Jawatankuasa
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9
Contact | Other Links | Sitemap
Copyright @ 2011 Khadijah Mosque. All rights reserved.